Jamu Susuk Dara

“JAMU SUSUK DARA” mmg bukan setakat menarik, bagus dan berkesan. malah tiada tandingannya. TIADA DI PASARAN LUAR. FORMULA MASIH TERKAWAL DAN MASIH RAHSIA.

Setiap wanita perlu bahagia... Tidak kira bujang atau berumahtangga... Wanita perlu sihat, wanita perlu ceria, wanita perlu ketawa, wanita perlu dimanja... Rahsianyaaaa.....Kenali Jamu Susuk Dara... InsyaAllah anda tidak akan menyesal dengan info yang sangat bermanfaat untuk kaum HAWA... juga untuk suami2 anda juga... InsyaAllah (^___^)

PETUA


Petua Untuk Cepat Mengandung

1. 30 - 60 minit sebelum bersama, buang air kecil dahulu dan bersihkan faraj dengan air sirih atau air garam buku (garam asli)

2. Setelah bersama, jangan bergerak atau bangun. Terus tidur atau sekurang-kurangnya baring 30 - 60 minit, untuk memberi ruang kepada sperma untuk berenang-renang ketepian terus ke hujung fallopian tube dengan lajunya.

3. Jangan sekali-kali cuci faraj selepas bersetubuh.

4. Lakukan persetubuhan pada tarikh subur (Hari ke 14) sekerap mungkin.

5. Sebelum pancutan airmani, zakar suami hendaklah betul-betul tegang dan masukkan sedalam mungkin. Pasak sedalam-dalamnya dan pancutlah airmani dengan laju.

6. Lakukan persetubuhan dengan gaya dan teknik 'deep penetration'. Antaranya ialah teknik dari belakang (doggy) bukan liwat. Teknik ini sangat sesuai jika suami anda mempunyai zakar kontot.

7. Selepas pancutan airmani, kekalkan zakar ke dalam faraj beberapa ketika. walaupun sudah lembik. Tunggu sehingga zakar suami tidak bermaya lagi baharulah cabut keluar.



PETUA KECANTIKAN 

Wajah Berseri, Hati Ceria 

Wajah berseri adalah idaman semua manusia, tidak kira wanita atau pun lelaki.Supaya wajah anda sentiasa berseri, jom amalankan petua orang tua dulu-dulu.

• Wajah semakin berseri
Inginkan wajah berseri?Caranya mudah sahaja.Ambil satu mangkuk kecil beras, basuh dan toskan airnya.Kemudian, goreng tanpa minyak sampai hangus dan tumbuk atau kisar kering sehingga menjadi serbuk.Simpan di dalam bekas.Apabila hendak digunakan, ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis.Gosok pada muka dan biarkan sehingga kering.Selepas itu, barulah dicuci muka.

• Lebatkan bulu kening
Bakar dua biji buah keras sehingga hitam.Kemudian tumbuk halus.Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur.Bersihkan dengan air pada keesokan harinya. Kening anda akan nampak lebih lebat dan menarik.

• Bibir merekah
Atasi rekahan pada bibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah.Amalkan meminumnya sekali sehari dan lihatlah hasilnya.

• Tegangkan kulit muka
Ambil sebatang timun dan sagat atau hancurkan sehingga lumat.Kemudian, campurkan dengan tepung ubi kayu dan sedikit air.Kacau rata tetapi jangan terlalu cair.Sapukan bancuhan tadi ke muka dan biarkan kering sebelum dicuci.

• Rawat kulit berkedut
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan.Selepas itu, campurkannya dengan satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.Gaul sebati bancuhan tersebut.Sapukan pada kulit sekali sehari. 




FADHILAT MENCIUM ISTERI

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.

Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan Ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ

Maksudnya ;
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa” Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu.

Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan yang selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri. Tabiat suka mencium isteri janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga mengamalkannya.






No comments:

Post a Comment